Job seeker. Let us help youClick here to read more

Apa itu Tabika Kemas?

Tabika Kemas adalah program pendidikan awal kanak kanak di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat Kemas yang diselia oleh kerajaan Malaysia. Program ini bertujuan untuk memberi peluang belajar yang bermutu kepada anak anak yang berumur empat hingga enam tahun dari semua lapisan masyarakat terutama mereka yang tinggal di luar bandar dan golongan yang kurang berkemampuan.

Di Tabika Kemas, anak anak tidak hanya belajar membaca dan mengira tetapi juga dibimbing untuk membangun nilai nilai sosial, emosi dan kemahiran komunikasi. Aktiviti aktiviti di sini disusun mengikut Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang membantu kanak kanak bersedia untuk pendidikan seterusnya. Ia juga memberi pengalaman pembelajaran yang selamat dan menyokong perkembangan fizikal dan mental mereka

Kadar Yuran

Rujukan: Portal Kemas 

Waktu Operasi

Mengikut Laman KEMAS, waktu operasi adalah sedikit berbeza diantara Semenanjung dan Sabah/Sarawak. 

Rujukan: Portal Rasmi KEMAS

Syarat Kelayakan Memohon Tabika KEMAS

Mengikut Laman KEMAS, antara syarat utama ialah Kanak-kanak yang mempunyai status Warganegara Malaysia atau salah seorang ibubapa Warganegara.

Terbuka untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun (Keutamaan untuk kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun).

Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah kelas adalah terhad iaitu minimum 10 orang dan maksimum 30 orang (mengikut keluasan dalaman sesebuah kelas iaitu 3.5 meter bagi seorang kanak-kanak).

Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar terus ke TABIKA KEMAS yang berdekatan.

Pihak Jawatankuasa Pemilihan TABIKA akan mengeluarkan surat jawapan Terima/Tolak kepada ibubapa/penjaga kanak-kanak yang terlibat.

Surat pemberitahuan permohonan Terima/Tolak akan dikeluarkan selewat-lewatnya dalam tempoh sebulan selepas tarikh tutup permohonan.

Borang Pendaftaran

Hubungi dan Rujukan Rasmi

Sila ke pautan ke portal rasmi Kemas Negeri untuk pertanyaan mengenai pendaftaran, semakan keputusan dan pertanyaan lanjut.